Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama terbang berdebu, Sudah berdebu berderai pula; Lama saya tidak bertemu, Sudah bertemu bercerai pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Turun mandi Kuala Kemaman, Rama-rama di punca kain; Sudahlah tiada janji berteman, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain. |