Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mai] | راماي

Definisi : 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mai] | راماي

Definisi : 1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Bermaksud :

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lutung di pokok jelutung, Anak mawas di pokok ara; Ramai-ramai kita berpantun, Kerana memuja teruna dan dara.
Kurik Kundi Merah SagaRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu.
Kurik Kundi Merah SagaRamai Cina kerja lombong, Bukit Letung kerja kaci; Abang sungguh tidak sombong, Adik berjalan selalu memuji.
Kurik Kundi Merah SagaRamai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaCukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain.
Kurik Kundi Merah SagaDua puluh ramai soldadu, Soldadu balik dari berperang; Abang tidak mati dahulu, Kalau mati bertindih tulang.
Kurik Kundi Merah SagaDi sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali.
Kurik Kundi Merah SagaDi tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh.
123

Kembali ke atas