| Kurik Kundi Merah Saga | Tuan puteri rambutnya perang, Mati ditikam Melayu jati; Dulu terbilang batik Semarang, Sekarang dibuat basahan mandi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Berkasut jalan ke pasir, Seorang garib di dalam puan; Rambutnya kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis dibawa bekal, Jatuh sebiji dalam taman; Hitam manis rambutnya ikal, Siang malam jadi ingatan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang meraih di Lubuk Johor, Ketam padi nakhoda Acheh; Hitam manis rambutnya kejur, Mari kita bertambat kasih. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Lancang kuning belayar ke barat, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Putih kuning rambutnya lebat, Berasa berkenan di dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur lamin di Pantai Lamin, Jatuh sebutir disambar ribut; Hitam manis duduk beransin, Cacat sedikit rambutnya sejemput. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kaki melila panjang disepak, Orang mengail di Lubuk Johor; Sudah kubanding muda segak, Hitamlah manis rambutnya kejur. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kaki melila panjang disepak, Orang mengail di Lubuk Johor; Sudah kubanding muda segak, Hitamlah manis rambutnya kejur. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cik Cepa mudik bergalah, Panjang sifat di lubuk jauh; Barang siapa menjadi salah, Hitam manis rambutnya kejur. |