Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; serangkum sebanyak yg terbawa (terangkat) dlm pelukan: ~ kain kotor; merangkum 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pem­basuh­an; 2. memeluk: kedua-dua belah tangan­nya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, mem­bolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi me­lingkupi, melingkungi, men­­­­­cakupi, men­cang­kum: sistem insurans kebangsaan am­nya ~ semua orang antara umur berse­kolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ per­istiwa-peristiwa penting di dunia; merangkumkan 1. merangkum sesuatu utk (dengan); 2. memasukkan ke dlm (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan menjadi satu: sembahyang lima waktu boleh di­rang­kum­kan atau dipendekkan ketika dlm pelayaran; 3. meringkaskan, meng­ikhtisar­kan; terangkum termasuk dlm lingkungan se­suatu, tercakup: ~ dlm konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya menangkap sesuatu yg didengar; rangkuman 1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan, ikhtisar (dr huraian dll); perangkuman perbuatan merangkumkan se­suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangkum
Kata Terbitan : merangkum, merangkumi, merangkumkan, terangkum, rangkuman,

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Daun katu bercabang tiga;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Jangan rangkum dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan selasih dani, Daun katu bercabang tiga; Kalau tuan kasihkan kami, Jangan rangkum dua tiga.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan selasih dani, Daun katu bercabang tiga; Kalau tuan kasihkan kami, Jangan rangkum dua tiga.

Kembali ke atas