Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terayap-rayap si anak kumbang, Hinggap di atap tersangkut duri; Berapa sedap di rantau orang, Manakan sama desa sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang. |