Kurik Kundi Merah Saga | Daun mengkudu buah kandis, Buah datang dari Daik; Makan madu rasanya manis, Hidup bermadu rasanya pahit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rasa nak nangguk rasanya tidak, Hilir rakit airlah bah; Rasa nak masuk rasanya tidak, Takutlah tidur adik berubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk pauh ulam pun pauh, Tidakkah ngilu rasanya gigi? Adik jauh abang pun jauh, Tidakkah rindu rasanya hati? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasir tinggi Kuala Patani, Rasa nak menangguk rasanya tidak; Apa tafsir kepada kami, Rasa nak masuk rasanya tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kedah orang berdagang, Rasa nak nangguk rasanya tidak; Pintu terdedah sampai ke siang, Rasa nak masuk rasanya tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menjadi pokok menjadi daun, Makan di talam masaknya nasi; Begini rasanya cerai setahun, Cerai semalam rasanya mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas serumpun tidak berduri, Rasanya manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok jelatang daun berduri, Kalau disentuh rasanya bisa; Hamba berjalan berhari-hari, Orang dicari tidak berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah rambai dalam padi, Lazat pula cita rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, Sarat dengan budi bahasanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika menangkap ikan gelama, Masak rempah sedap rasanya; Ada yang baru ada yang lama, Mintalah saya berjalan sama. |