Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kandang utk ayam (itik); merebankan; ~ ayam (itik) memasukkan ayam (itik) ke dlm reban, mengandangkan ayam (itik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
reban (kata nama)
Bersinonim dengan kandang, sangkar, sarang;,
Kata Terbitan : merebankan,

Puisi
 

Hari panas helang berbunyi,
     Ayam mengeram dalam reban;
Tikar berkerawang bantal bersuji,
     Hajat nak tidur berpangku lengan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ayam tidur senang di dalam reban,
     musang yang susah beredar sekeliling.

Bermaksud :

Tidak senang melihat kebahagiaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas pagi hari, Ayam putih masuk reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kekasih guna teraban.
Kurik Kundi Merah SagaHari panas helang berbunyi, Ayam mengeram dalam reban; Tikar berkerawang bantal bersuji, Hajat nak tidur berpangku lengan.
Kurik Kundi Merah SagaCuaca panas helang berbunyi, Ayam dikurung dalam reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kasih gunung teregan.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah.

Kembali ke atas