Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bung] | ربوڠ

Definisi : anak buluh (yg akan menjadi batang); ~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi; merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bung] | ربوڠ

Definisi : anak buluh yg masih lembut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebung

Puisi
 

Cancang rebung saya kunyiti,
     Anak sembilang terayap-rayap;
Tantang gunung saya tangisi,
     Akan terbang tidak bersayap.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Rebung tak miang,
     bemban pula miang.

Bermaksud :

Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur.

 

Lihat selanjutnya...(5)

179

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Rebung tidak jauh dari rumpun

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar.
Kurik Kundi Merah SagaCancang rebung saya kunyiti, Anak sembilang terayap-rayap; Tantang gunung saya tangisi, Akan terbang tidak bersayap.
Kurik Kundi Merah SagaHendak dicincang bukannya rebung, Hendak dipais bukannya todak; Hendak terbang bukannya burung, Hendak menangis bukannya budak.
Kurik Kundi Merah SagaHutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pinang tumbuh di parit, Pucuk rebung tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Di mana tercampak tidak terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaBesar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung.
Kurik Kundi Merah SagaDarilah mana kajangku tiris, Dari pucuk sampailah ke rebung; Darilah mana kupandang manis, Darilah rusuk sampailah ke punggung.
Kurik Kundi Merah SagaBeli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung.

Kembali ke atas