Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rindu;

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(169)
Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaYu-yu kataku tamban, Kalau tamban mana loncatnya? Rindu-rindu kata demam, Kalau demam mana pucatnya?
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaIndah-indah bawa bertandang, Pucuk pauh kicap manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.
Kurik Kundi Merah SagaTimun rendang di pintu kandang, Batang bayam saya tumiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan.
Kurik Kundi Merah SagaTimun dendang di pintu kandang, Batang bayam saya paiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan.
Kurik Kundi Merah SagaRendang-rendang di pintu kandang, Pucuk bayam kutumis sahaja; Rindu siang kubawa bertandang, Rindu malam kutangis sahaja.
Kurik Kundi Merah SagaAlang-alang bawa ke kandang, Daun bayam disayur manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk di batang mandi di pancur, Pucuk bayam sayang sesikat; Rindu siang boleh dihibur, Rindu malam saya teringat.
Kurik Kundi Merah SagaBaru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh.
12345678910...

Kembali ke atas