Kurik Kundi Merah Saga | Tiga ringgit angka lapan, Sebulan tiga puluh hari; Kalau sama kita makan, Kalau tidak sama kita cari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Boyan balik ke Boyan, Bawa duit satu ringgit; Niat hati nak getah bayan, Tergetahlah mari burung serindit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke darat, Jalan mari hujung tanjung; Simpan ringgit nanti berkarat, Bawa berniaga cari untung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit terbang melayang, Terhenti hinggap di ranting mati; Bukan ringgit dipandang orang, Tapi memandang bahasa dan budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit terbang melayang, Jatuh ke tanah mencari padi; Sepuluh ringgit abang tak sayang, Asalkan setuju dengan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit terbang melayang, Turun ke tanah makan padi; Duit ringgit saya tak sayang, Asal berkenan di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil cincin sarung di jari, Pakai oleh budak-budak; Kalau berniaga ringgit sendiri, Cili garam taukeh juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak kera di bukit, Ada seekor lutung mawa; Kalau banyak ringgit di poket, Kawan tak biasa tegur nama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke rakit, Bunga raya dalam celepa; Kalau tak ada ringgit di kocek, Taruh boyan tak jadi apa. |