Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rintik-rintik

Puisi
 

Turun hujan rintik-rintik,
     Tumbuh cendawan gelang kaki;
Kami sepantun telur itik,
     Kasih ayam baharu jadi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHujan rintik-rintik, Mari berteduh di pokok sena; Jangan dipandang orang yang cantik, Orang yang miskin jangan dihina.
Kurik Kundi Merah SagaTurun hujan rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam baharu jadi.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik.
Kurik Kundi Merah SagaHujan rintik cahaya redup, Batang kelici dalam perahu; Cantik-cantik pun kain dicelup, Sudah cuci baru tahu.
Kurik Kundi Merah SagaTidak jadi padi Terengganu, Burung kuang berintik-rintik; Tidak jadi dengan si anu, Air Pahang balik mudik.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.

Kembali ke atas