Kurik Kundi Merah Saga | Roti pandan dilambung kuda, Budak kuning berjaja kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niat di hati tidak yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bahulu dalam pinggan, Tiga hidangan roti raji; Jangan malu jangan segan, Kita sudah suami isteri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gelap-gelap minum kopi, Ambil pisau potong roti; Tak boleh hajat di hati, Biar bujang sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Seremban ke Kuala Pilah, Singgah sekejap membeli roti; Kalau ada silap dan salah, Janganlah simpan di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati. |