Kurik Kundi Merah Saga | Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bakar bara waktu petang, Hendak melayur daun palas; Antara tiga sanggul melintang, Mana satu janda berhias. |
Kurik Kundi Merah Saga | Waktu zuhur matahari berdiri, Tanamlah kapas di lamanlah raja; Jikalau mashyur hamba di sini, Janganlah lepas sebaranglah pada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang sembahyang lima waktu, Dalam sujud bunyi beduknya; Laut darat dunia satu, Langit juga akan tutupnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Waktu senja tanak pulut, Untuk bekal turun ke padang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di waktu panas ketika rembang, Hujan ribut awan dan mega; Penglipur lara penawar bimbang, Ingatan abang tidak dua tiga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Seri Bangi gelaran paman, Waktu tuan raja di Kedah; Tinggi bulan sayup pandangan, Berpakat kita tumpang cerah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada yang datang waktu petang, Ada yang datang pakai kereta; Tuahlah badan mendapat gelang, Mendapat cincin berbatu pula. |