Kurik Kundi Merah Saga | Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si kain pelikat Raja Pangeran, Tuang serbat di dalam takar; Sangat ajaib kerja yang hairan, Hujan lebat rumah terbakar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Peringgi Kuala Renam, Nampak dari Pasir Raja; Abang pergi menanggung dendam, Adik di rumah rindu sahaja. |