Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.bia] | رومبيا

Definisi : sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Met­roxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun rumbia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.bia] | رومبيا

Definisi : nama sj pokok palma yg menghasilkan sagu dan daunnya dpt dibuat atap, Metroxylon spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumbia

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga.
Kurik Kundi Merah SagaPokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rumbia buah salak, Pokok tumbuh tepi perigi; Hidup di dunia kita beradat, Bahasa tiada berjual beli.
Kurik Kundi Merah SagaPenuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih.
Kurik Kundi Merah SagaMari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia.
Kurik Kundi Merah SagaAsam kandis asam gelugur, Kena dengan asam rumbia; Tuan menangis di pintu kubur, Rasa nak balik ke dunia.
Kurik Kundi Merah SagaKalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata.

Kembali ke atas