Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.pun] | رومڤون

Definisi : 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), se­golongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan ter­golong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tum­buh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.pun] | رومڤون

Definisi : 1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok, spt buluh, padi; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun be­berapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumpun (kata nama)
Bersinonim dengan perindukan, famili, kumpulan, kelompok.,

Puisi
 

Tetak palas rumpun palas,
     Mari dimakan atas bendul;
Duduk malas berdiri malas,
     Kerana khidmat diri terkabul.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kerosok ular di rumpun bambu.

Bermaksud :

Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)

179

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Rebung tidak jauh dari rumpun

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti.
Kurik Kundi Merah SagaTetak palas rumpun palas, Mari dimakan atas bendul; Duduk malas berdiri malas, Kerana khidmat diri terkabul.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil bilah di rumpun jering, Jering bersanggit di batang pinang; Kalau jalak lawan biring, Belum tentu kalah menanglawan/belum
Kurik Kundi Merah SagaPohon kelapa tumbuh di pantai, Rumpun padi pangkal mempelam; Ilmu apa cik adik pakai, Senyum pagi manis ke malam.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana nak tanam selasih, Tanamlah mari di rumpun keladi; Bagaimana hati nak kasih, Kasih bercampur denganlah budi.
Kurik Kundi Merah SagaLedang-ledang buah keledang, Jatuh sebiji di rumpun buluh; Tuan membarat di pohon rendang, Hujan dan panas tumpang berteduh.
Kurik Kundi Merah SagaMacam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh.

Kembali ke atas