Kurik Kundi Merah Saga | Surabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. |

Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke darat mencari gambir, Ada secemur rupa serkap; Sudah tersurat kepada takdir, Ada sedikit tersalah cakap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk kaduk pucuk midin, Daun capa dalam padi; Rupa tiada lagi miskin, Mana hendak membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati. |