Kurik Kundi Merah Saga | Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari petang memburu rusa, Jumpa rusa makan jerami; Tidak kupandang racun yang bisa, Penawar ada di tangan kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke hutan memburu rusa, Rusa berjemur di tengah panas; Kalau pandai menimbang rasa, Jangankan tepi di tengah tak lemas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke bukit berburu rusa, Boleh seekor rusa betina; Malangnya nasib dirilah hamba, Hidup di dunia tidak berguna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Memburu rusa di tepi bukit, Rusa diburu sepanjang hari; Malu bukan satu penyakit, Ubatnya tentu payah nak cari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gertak-gertak perahu Cina, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Panah gajah rusa yang kena, Rusa dilihat pelanduk yang mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rusa batu disimpul pulih, Bunga sena dalam jerami; Bagaimana tipu hendak boleh, Cuba guna dalam nyanyi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa satu kandang, Bunyinya sampai mendayu-dayu; Khabar nakhoda ada dikenang, Habis membeli sehelai baju. |