Kurik Kundi Merah Saga | Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi Bukit Siperjulangan, Diharap mari Rajalah Rohani; Amun berbuah alang-alangan, Baik tak usah sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kenyalang berbonet bata, Baba Siong menjadi kerani; Alang-alang bertikam mata, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang dagang makan di dulang, Sayang kerbau beri bertali; Dari malu didengar orang, Baik kulangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alang-alang mandi di dulang, Sayang keroncong beri bertali; Alang-alang didengar orang, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Begini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali. |