Kurik Kundi Merah Saga | Sama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan tuan mengail tenggiri, Sama-sama mengail sembilang; Jangan tuan menghina diri, Sama-sama dagang terbuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak padi bunga di hujung, Sama-sama di atas papan; Habis dunia sudah kukeliling, Baru bertemu dengan tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak musang jalan meniti, Titi mari atas pagar; Tuan helang saya rajawali, Sama-sama mari menyambar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain lepas putus benang, Kain datang Benua Keling; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |