Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bal] | سمبل

Definisi : sj lauk yg dibuat drpd lada serta garam dll: ~ belacan; ~ tumis; gertak ~ kata-kata yg hanya menakut-nakutkankan sahaja; ulam men-cari ~ prb perempuan yg mencari laki-laki; sambal-sambalan, sambalan berjenis-jenis sambal; menyambal membuat sambal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bal] | سمبل

Definisi : makanan yg dibuat drpd campur­an cili dgn garam dll: ~ belacan; ~ tumis. menyambal membuat sam­bal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sambal

Puisi
 

Giling cili dibuat sambal,
     Buat gulai sayur lobak;
Sayu hati menengok kapal,
     Tenggelam timbul dipukul ombak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa guna sambal tumis, Kalau tak campur asam belimbing; Apa guna lama menangis, Tidakkan penuh telaga yang kering.
Kurik Kundi Merah SagaGiling cili dibuat sambal, Buat gulai sayur lobak; Sayu hati menengok kapal, Tenggelam timbul dipukul ombak.
Kurik Kundi Merah SagaMenggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Kembali ke atas