Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : = sangkaran kurungan (burung dll); ~ ayam a) kurungan ayam; b) sangkak, petarangan, terak, sarang; menyangkarkan memasukkan ke dlm sangkar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : ; bujur ~ empat persegi; dua meter bujur ~ dua meter persegi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : 1 = sangkaran tempat me­­ngurung sesuatu; kurungan: ~ ayam kurungan ayam. 2 bahagian yg me­lingkari (melindungi) sesuatu alat: ~ alas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangkar (kata nama)
Bersinonim dengan sangkaran, kurungan, sangkak, petarangan, terak, serang, kerangkengan, celung, sangluat, reban, kandang, sendong, pasung;,
Kata Terbitan : menyangkarkan,

Puisi
 

Buluh ditutuh dibuat sangkar,
     Hendak menyangkar burung nuri;
Langit runtuh bumi terbakar,
     Ke mana awak melari diri?


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Satu sangkar dua burung.

Bermaksud :

Dua orang perempuan yang menyukai seorang lelaki.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membuat sangkar, Pasangnya rapat-rapat; Lemah liat kayu akar, Dilentur boleh dipatah tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaBuluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri?
Kurik Kundi Merah SagaDari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hutan mencari akar, Sambil duduk bersiar-siar; Sebab dipikat burung di sangkar, Burung di hutan terlalu liar.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar menyusur bukit, Satu kapal dua serombong; Bagaimana hati tak sakit, Satu sangkar dua burung.
Kurik Kundi Merah SagaApa akal kita ke Bangkalih, Buah kundur belah dua; Apa akal nak bagi boleh, Satu sangkar burungnya dua.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan.
Kurik Kundi Merah SagaMari menanam pokok rambutan, Pergi ke hutan mencari akar; Sungguh banyak burung di hutan, Mengapa dipikat burung di sangkar.
12

Kembali ke atas