Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarang;

Puisi
 

Telur angsa sarang setalam,
     Cendana sarang tempurung;
Embun menitik serata alam,
     Nyawa melarat seperti burung.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat dilalang-lalang, Sarang tebuan di dalam padi; Jangan ingat orang yang hilang, Orang lain banyaklah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTelur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.
Kurik Kundi Merah SagaSarang lebah nampak tergantung, Baik-baik jangan tersinggung; Ingat-ingat kita di kampung, Jangan diagah rimau menyangkung.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di hujung tualang, Rama-rama bertalikan benang; Sungguh nasibku bercampurkan malang, Bilakah kala menjadi senang?
Kurik Kundi Merah SagaSarang tempua di Kelumpang, Berisi ular tampung hari; Kok nak bersua sama seorang, Datang ke ladang tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan.
Kurik Kundi Merah SagaSarang bubut di dalam bunga, Dijolok mari sama pungkahnya; Mati merumput mentimunku berbunga, Sudah dijolok orang empunya,
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang.
Kurik Kundi Merah SagaCendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput.
12345

Kembali ke atas