Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di barat laut Borneo, keluasan 1 129 500 km2, Kuching sbg ibu negeri, Bumi Kenyalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarawak

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
     Tinggallah emak tinggal junjungan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Buaya setanjung makan tak habis (Sarawak).

Bermaksud :

Terlalu gemuk (tentang orang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang Sarawak sungainya sempit, Tuan datang dengan rombongan; Hendak kubawa perahu sempit, Tinggallah emak tinggallah junjungan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Sarawak sungainya sempit, Buah nanas lambung-lambungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggallah emak tinggal junjungan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Sarawak muaranya sempit, Buah rengas lagi berbunga; Hendak dibawa perahu sempit, Tinggal nama hati memuja.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Sarawak muaranya sempit, Buah rengas lagi berbunga; Hendak dibawa perahu sempit, Tinggal nama hati memuja.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri.

Kembali ke atas