| Kurik Kundi Merah Saga | Sirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Patah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Di tepi lorong duduk mengadap, Nanti lalu anak Cik Ali; Kalau biring keratkan sayap, Memang tak boleh lawan lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang seberang mengutip paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang memanggil aku, Hendak terbang tiada sayap. |