Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna sayur betik, Kalau tidak menggulai keladi; Apa guna berbini cantik, Kalau hidup tidak berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi hangat sayur pun hangat, Tumis lobak bersama bawang; Adik ingat abang pun ingat, Memandang gambar terkenang-kenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana. |