Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab bulan tak terang, Bulan pega di Tanjung Batik; Apa sebab apa tak datang, Abang pegang muda yang cantik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab bergelang paun, Bambawaran gelang di kaki; Apa sebab ku teraun-raun, Pembawaan sudahlah di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab tambur binasa, Tertikam gunting besi berani; Kalau takut membuat jasa, Ambil makan nasi kompani. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menggala di bawah beringin, Patah penarik tunggang-langgang; Apa sebab abang tak ingin, Rambut elok paras ke pinggang. |