Kurik Kundi Merah Saga | Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang besar dua sebaya, Ambil sebatang membuat galah; Kalaulah abang orangnya kaya, Tidaklah abang sebatang karah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kututuh mari sebatang pisang, Habis menimba selara padi; Kutembak dengan peluru petunang, Naga tak kena ular tak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Manis sungguh tebu sebatang, Dari akar hingga ke pucuk; Manis sungguh mulut orang, Terkena tipu dalam pujuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu tiga batang, Patah sebatang digerit anai-anai; Abang tipu kata nak datang, Air mata menjadi sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang. |