Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebentar

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Singgah sebentar di pohon buluh;
Wahai mari adikku sayang,
     Hatiku berasa haram tak luluh.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti pucuk ru,
     ke bawah tidak berurat,
di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.

Bermaksud :

Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Dayang memakai cincin, Singgah sebentar di Beras Basah; Alang-alang berkahwin biarlah licin, Alang-alang mandi biarlah basah.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit terbang melayang, Singgah sebentar di pohon buluh; Wahai mari adikku sayang, Hatiku berasa haram tak luluh.
Kurik Kundi Merah SagaSekoci belayar di Lautan Hindi, Singgah sebentar mengangkat taut; Jangan dibiar kedapatan budi, Takut kecundang kasih berpaut.
Kurik Kundi Merah SagaKekalkan Mas Merah dari Seberang, Singgah sebentar ke Tanjung Puri; Buah hati kekasih orang, Rindu kutanggung seorang diri.
Kurik Kundi Merah SagaJika tuan pergi ke hulu, Singgah sebentar ke Batu Kitang; Fasal saja mengenang malu, Kalau tidak kulangkah tebing.
Kurik Kundi Merah SagaDi zaman sekarang bermotor sangkut, Singgah sebentar rumah pak imam; Sebab adik tak mahu ikut, Dunia ini dunia pinjaman.
Kurik Kundi Merah SagaAngsa terbang ke negeri China, Hinggap sebentar di pangkal jalan; Kurang bangsa diri pun hina, Jika tersampai menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaHelang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam.
Kurik Kundi Merah SagaGununglah Balu Selatan Balu, Jangan saja angin utara; Dulu mau sebentar pun mau, Jangan kupaksa pening kepala.
Kurik Kundi Merah SagaSurabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur.
12

Kembali ke atas