Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk sebesar lengan, Dibungkus dengan sekarung kain; Sungguh buruk hati berkenaan, Tidak saya mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk sebesar lengan, Naik didukung si kayu kain; Sungguh buruk hatiku berkenan, Tak boleh ditukar yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala tepi kolam, Dapat ikan sebesar jari; Bukan salah kain disulam, Kerana benang warnanya mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam. |