Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bi.ji] | سبيجي

Definisi : bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebiji

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAmbil sebiji letak di tepi, Budak-budak bermain di paya; Tuan tidak ambil peduli, Tidakkah belas melihat saya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu.
Kurik Kundi Merah SagaMerpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah salak lambung-lambungan, Jatuh sebiji di sawah padi; Saya jalak ayam sabungan, Di sini tempat kutempa mati.
Kurik Kundi Merah SagaAsalnya kandis buah gelugur, Masak sebiji di pintu pagar; Duduk menangis di pintu kubur, Terkenang di dunia tidak belajar.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas bawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaBawa belayar pisang emas, Masak sebiji di atas peti; Boleh dibayar hutanglah emas, Hutang budi dibawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaAmbilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun.
Kurik Kundi Merah SagaPutik nanas dalam kebun, Ambil sebiji letak di tepi; Siang berpanas malam berembun, Tuan tidak ambil peduli.
Kurik Kundi Merah SagaPisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri.
123456

Kembali ke atas