Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata secupak

Puisi
 

Sayang selasih direndam renggang,
     Rendam secupak menjadi segantang;
Dahulu kasih bukan kepalang,
     Sekarang menjadi harimau garang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Yang sehasta takkan jadi sedepa.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSecupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih direndam renggang, Rendam secupak menjadi segantang; Dahulu kasih bukan kepalang, Sekarang menjadi harimau garang.
Kurik Kundi Merah SagaRendam selasih rendam semarang, Rendam secupak jadi segantang; Dulu kasih malam dan siang, Kini menjadi harimau garang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam.
Kurik Kundi Merah SagaKapal datang dari seberang, Naik ke darat membeli kapak; Sudah nasib badan seorang, Beras segantang tinggal secupak.

Kembali ke atas