Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Bentan membawa parang, Kerana hendak ke Pulau Perca; Sedangkan intan dibuang orang, Inikan pula permata kaca. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke selat, Sarat dengan membawa bunga; Sedangkan orang dagang lat, Inikan pula keluarga sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis. |