Kurik Kundi Merah Saga | Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik. |

Kurik Kundi Merah Saga | Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah petai sedap dijeruk, Kalau jeruk hendak tua; Deraslah benar tuan merajuk, Orang merajuk lekaslah tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan terubuk dua sekawan, Sungguh sedap dimasak kari; Bukan saya mabuk sebarang, Saya mabuk menahan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika menangkap ikan gelama, Masak rempah sedap rasanya; Ada yang baru ada yang lama, Mintalah saya berjalan sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok dedap tengah padang, Datang gajah lelai pula; Tengah sedap mata memandang, Kehendak Allah bercerai pula. |