Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati. |

Kurik Kundi Merah Saga | Jikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling. |

Kurik Kundi Merah Saga | Kain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati. |

Kurik Kundi Merah Saga | Kalau cik tuan mengancing pintu, Daun dedap di dalam perigi; Kalau tuan kata begitu, Alangkah sedap di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kacang di pintu, Daun dedap pembungkus nasi; Kalau ada cakap yang tentu, Alangkah sedap rasa di hati. |