| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pagar ada bertemu tidak, Buah segamat di dalam peti; Berpandang ada bertemu tidak, Rasa kiamat di dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga kesum tebing tinggi, Nampak dari Kuala Segamat; Singgah terlangsung saya ke mari, Minta doa biar selamat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat. |