Kurik Kundi Merah Saga | Putih kuning di pokok sungkai, Jatuh sehelai melerang busut; Putih kuning tubuhnya lengkai, Rambut sehelai haram tak kusut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih pohonnya tinggi, Berdaun sehelai dimakan kuda; Wahai kekasih hamba pergi, Ada umur berjumpa juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih pohonnya tinggi, Berdaun sehelai dimakan kuda; Wahai kekasih hamba pergi, Ada umur berjumpa juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk sardang daun sardang, Ambil sehelai membungkus nasi; Duduk sadang berdiri sadang, Ambil satu pemutus hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Secarik dua carik, Tebu lontong kusangka kayu; Kalau dibeli bercarik-carik, Manakan dapat sehelai baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa satu kandang, Bunyinya sampai mendayu-dayu; Khabar nakhoda ada dikenang, Habis membeli sehelai baju. |