Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur kembang sekaki, Ambil sekuntum bungkus kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pandai melipat, Lipatkan saya sekaki dulang; Kalau tuan pandai mengikat, Uraikan saya di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pandai melipat, Lipatkan saya sekaki dulang; Kalau tuan pandai mengikat, Uraikan saya di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Gamat menikam gamat, Bunga melur kembang sekaki; Biar lambat asal selamat, Dalam telur boleh kunanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi ditunda dari Palembang, Jurumudi turun ke perahu; Dapat sekaki bunga kembang, Terlalu sedap rasanya bau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki. |