Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang puan pangkal Jeddah, Sekali tebang sekali tumbuh; Kalau tuan cakap tak sudah, Sekali hendak sekali tak ambuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Celagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang bertali besi, Tanam selasih muka pintu; Sekali sayang sekali benci, Orang kasih memang begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa merah dalam padi, Buah ciku dengan bedak; Apa dimarah pada kami, Sekali marah sekali tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuk Merah ke tepi paya, Jangan ceku buat pepedak; Mengapa abang marahkan saya, Sekali tegur sekali tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baru sekali menebas lalang, Kaki luka tertikam duri; Baru sekali tuan dipandang, Cinta sudah melekat di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baru sekali pergi ke pekan, Orang membeli bunga sekuntum; Baru sekali saya berpesan, Saya berpesan suruh berpantun. |