Kurik Kundi Merah Saga | Besok hari selasa, Lusa hari Rabu; Kalau buat kerja tak dapat rasa, Fikiran kita langsung tak tentu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Selasa, Malam besok malam Arbaª; Lepas kamu dari seksa, Di hari kiamat minta doa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Selasa, Digulai itik sama angsa; Jika tidak cukup periksa, Harta habis badan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Jika masuk kaum muslimin, Mudah-mudahan terlepas seksa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Isnin, Malam besok malam Selasa; Tuntutlah ilmu sampai berkenan, Lepaslah kamu dari seksa. |