Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selatan

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur.
Kurik Kundi Merah SagaTimur mari selatan mari, Jangan sahaja Barat Laut; Tidur mari sebantal mari, Kencang pinggang tetap dipaut.
Kurik Kundi Merah SagaTimur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut.
Kurik Kundi Merah SagaGununglah Balu Selatan Balu, Jangan saja angin utara; Dulu mau sebentar pun mau, Jangan kupaksa pening kepala.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita.
Kurik Kundi Merah SagaAngin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan
Kurik Kundi Merah SagaDari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya.
Kurik Kundi Merah SagaPanglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa.
Kurik Kundi Merah SagaDari Daik pergi Kelantan, Kencang angin barat selatan; Sungguh baik teras di hutan, Lama disimpan tumbuh cendawan.
Kurik Kundi Merah SagaPukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita.
12

Kembali ke atas