Kurik Kundi Merah Saga | Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti. |

Kurik Kundi Merah Saga | Kain selendang kesumba murup, Mari diikat rotan saga; Hati bimbang jangan diturut, Biar ditantang jangan diaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain selendang di atas atap, Dipakai dayang bersunting bunga; Sudah dipandang sudah ditatap, Barulah kumbang menghidu bunga. |

Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas. |

Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna baju kebaya, Bertapak batik kain selendang; Apa guna macam saya, Rupa tak cantik pandai pun kurang. |