Kurik Kundi Merah Saga | Cantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang hari menahan bubu, Bubu ditahan olak mengkalang; Diri umpama semacam tebu, Habis manis sepah dibuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa di tepi paya, Makan pagi mengulam rumput; Tidak orang semacam saya, Tahan hati mengulam perut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan di laman tangga, Sarang pipit di dalam padi; Tiada orang semacam saya, Menaruh kiamat di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pekan ke Kota Satu, Singgah menanak sederaman minyak; Tubuh hitam semacam itu, Kampung kami terlampau banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raden Galuh emas juwita, Bawa beliti batu sinalung; Di dalam hati sangat bercinta, Semacam burung lama bertenung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Risik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga kelapa bali, Papan di Jawa saya tarikkan; Dua tiga boleh dicari, Tidak sama semacam tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik si itik Tawi, Marilah mandi di dalam pedena; Kalaulah adik Sitalah Dewi, Abanglah semacam Serilah Rama. |