Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas jalan ke tanjung, Semak sangat bertabur pulut; Saya malas makan kalung, Semak sangat rasanya mulut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam bertelur dalam semak, Telur habis makan dek jukung; Bagaimana badan tak gemuk, Abang balik membawa untung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ladang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hitam celah batang, Jumpa semak baru bertelur; Sayang Cik Hitam baru datang, Bawa minyak bunga melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang menangkap belut, Belut ada dalam duri; Jalannya semak lagi berselut, Tuan menjemput saya ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur digulai lemak, Daun selasih saya lurutkan; Sudah lumpur bertambah semak, Kerana kasih saya turutkan. |