Kurik Kundi Merah Saga | Kemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cedok air dengan baldi, Cedok nasi dengan senduk; Baik dibawa resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berani buat berani tanggung, Jangan suka teragak-agak; Jangan bawa rasmi jagung, Makin berisi semakin tegak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu. |