Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semangat;

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Bermaksud :

Sedang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Pasang lilin kepala titi; Tepuk bantal panggil semangat, Semangat datang di dalam mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaMain sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.
Kurik Kundi Merah SagaIkan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Tolak belakang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaIkan selangat ikan mungkul, Belah belakang dipanggang hati; Ayuh semangat jangan masyghul, Buang belakang ada ganti.
Kurik Kundi Merah SagaIkan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaIkan selangat ikan bertulang, Belah belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail Lubuk Bulang, Taruk umpan kulit limau; Baik juga semangat tak hilang, Anak kucing kusangka rimau.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang.
Kurik Kundi Merah SagaIkan buntal tidak bersengat, Mari jatuh atas titi; Tepuk bantal panggil semangat, Ingin bersua dalam mimpi.
12

Kembali ke atas