Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bi.lang] | سمبيلڠ

Definisi : 1. sj ikan darat yg bisa sengatnya, Paraplotosus anguillaris; 2. = ~ karang sj ikan laut yg bisa sengatnya, gemang, kelara, (unsat-unsat), Plotosus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bi.lang] | سمبيلڠ

Definisi : 1 nama sj ikan darat yg bisa sengatnya, Paraplotosus anguillaris. 2 = ~ karang nama sj ikan laut yg bisa sengatnya, Plotosus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembilang

Puisi
 

Sayang sembilang ikan berdukang,
     Sayang selasih batang berduri;
Barang hilang tidak terkenang,
     Hilang kekasih mana mencari.


Lihat selanjutnya...(22)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sembilang ikan berdukang, Sayang selasih batang berduri; Barang hilang tidak terkenang, Hilang kekasih mana mencari.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sembilang ikan berdukang, Sayang selasih batang berduri; Barang hilang tidak terkenang, Hilang kekasih mana mencari.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Dening takok sembilang, Nampak dari Sabak Tuk Muda; Abang pergi jangankan hilang, Adik tinggal tidak mengapa.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat ikan sembilang, Anak pari dalam raga; Kalau tak dapat masa sekarang, Kemudian hari ambil juga.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.
Kurik Kundi Merah SagaIkan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Tolak belakang ada gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaIkan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak pancing ikan sembilang, Di air keruh tepi karang; Jalak berkokok tak putus selang, Biring yang mana tak nak radang.
Kurik Kundi Merah SagaCancang rebung saya kunyiti, Anak sembilang terayap-rayap; Tantang gunung saya tangisi, Akan terbang tidak bersayap.
123

Kembali ke atas