Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang ribut berdentung, Panji juala di Pulau Pinang; Petang-petang duduk termenung, Bilakan kala hati nak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang kelong laut Mengkalis, Tumis santan linang berlinang; Biar remuk jiwaku habis, Lagi tak dapat hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara duduk di pintu, Turun ke laman pergi mandi; Kalaulah tuan kata begitu, Barulah senang rasa hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang. |