Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senyum,

Puisi
 

Hendak diminum tidak terminum,
     Minum sedikit di dalam gelas;
Hendak senyum tidak tersenyum,
     Senyum sedikit tidak berbalas.


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRenung-renung di tengah paya, Kumbang melarik batang pinang; Senyum-senyum tengok saya, Kalau hendak tinggal tunang.
Kurik Kundi Merah SagaHendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas.
Kurik Kundi Merah SagaHendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis limau kasturi, Penuh berisi dalam dulang; Saya senyum untuk sendiri, Bukan tujuan pemikat orang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula.
Kurik Kundi Merah SagaRumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaKocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi.
12

Kembali ke atas