Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.tun] | سڤنتون

Definisi : seperti, macam, seumpama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepantun

Puisi
 

Daun bayam alaskan senduduk,
     Nasi terjerang ceduk ke pinggan;
Sepantun ayam tidak berinduk,
     Tampi orang baharu makan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTurun hujan rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam baharu jadi.
Kurik Kundi Merah SagaDaun bayam alaskan senduduk, Nasi terjerang ceduk ke pinggan; Sepantun ayam tidak berinduk, Tampi orang baharu makan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak undan terketik-ketik, Dikejar ayam patah kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam maka menjadi.
Kurik Kundi Merah SagaBergoncang pohon ditiup angin, Habis luruh si buah saga; Tuan sepantun kilat cermin, Di balik gunung nampak jua.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja bermain tombak, Kain dipakai labuh ke lantai; Tuah saya sepantun ombak, Malang di pantai pecah berderai.

Kembali ke atas